Wednesday 15 May 2013

Alhamdulillah.

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah.. Ayah pergi dengan meninggalkan lebih dari cukup apa yang kami perlukan. mungkin adik beradik tak rasa perkara ni. tapi aku sebagai anak bongsu................

aku bersyukur pada Allah.
Ayah tinggalkan syarikat pada aku dengan abang teh. dan kami kena mula dari bawah semula sama macam ayah mula2 dulu. dengan kewangan yang terhad. Alhamdulillah. kami masih lagi dalam proses belajar. Ayah tinggalkan kami asas yang cukup. 2 tahun aku jadi PA ayah. walaupun ada hari2 yang aku tertanya2 "kenapa aku?". dan sekarang aku mula faham. jadi PA ayah setiap hari langsung takde yang sia2 sekarang. :)

aku bersyukur pada Allah.
kekosongan dalam hati selepas ayah pergi, Allah ganti dengan ketenangan berganda bila aku mula faham tujuan hidup. bukan untuk disia-siakan. faham yang dunia ni sebenarnya tiada apa2 nak dibandingkan dengan akhirat yang abadi. aku masih lagi dalam proses istiqamah.  :)

aku bersyukur pada Allah.
bila aku lebih menghargai orang2 yang ada di sekeliling aku, mak dan adik beradik. diaorang ibarat nadi aku. maklumlah anak bongsu. manja. tapi aku mula faham.. anak bongsu tu sekadar "title". kalau Allah nak turunkan sesuatu amanah tak kira apa "title"nya. Allah tahu kita mampu. dan kuat. :)

mulai hari ni. insyaAllah. aku nak tulis setiap perkara yang aku syukuri sebelum tido. bukan janji tapi harapan pada diri sendiri. untuk hidup yang sentiasa positif. :)


No comments:

Post a Comment