Sunday 22 December 2013

kau tahu tak rasa bila jumpa dengan orang yang kau admire..

yang dah bertahun tak jumpa.

ketar lutut. rasa nak tumbang.

nasib baik ada kerusi jadi pemegang.
dan nasib baik ada sahabat yang tolong coverkan muka kau..
yang dah merah padam. 

moga jumpa lagi. sumpah aku tak lena tido. hehehe

Wednesday 2 October 2013

tugu

"masih lagi setia menunggu..
walau kau tahu..
kau dah jadi seperti tugu..

dan dia masih lagi membisu!"


Saturday 18 May 2013

perkara paling bersyukur.

Assalamualaikum.

malam semalam lupa nak update blog.

padahal ada satu perkara yang aku bersyuuukuuuurrrr gile.

aku period. dan TAK SENGGUGUT!!

sakit perut sikit2 tu normal la.

sebab selalunya. kalau aku period. seharian lembik. tak boleh bangun. stress. 

tapi semalam, siap jaga kedai. padahal risau gak. tapi Alhamdulillah. :))

maybe jugak sebab aku telan ubat tahan sakit yang lain. maybe jugak sebab selalu pakai panty liner yang berubat. atau mungkin jugak sebab sentiasa positif. 

:)) 

Friday 17 May 2013

budi bahasa budaya kita

Bismillahirramanirrahim..

kejadian hari ni.. lampu belakang kereta kena langgar dengan lori. tapi Alhamdulillah aku takde dalam kereta tu. dan nasib baik body kereta takde apa2. 

masa mula2 kena. blur. perkara nak jadi. so rileks je la. cuma agak terkilan dengan sikap budak2 muda sekarang. entah mana diletakkan budi bahasa.

aku doakan mereka sedar. dan mungkin ini juga balasan untuk kesilapan2 aku yang aku sendiri tak tahu.

bersyukur masih lagi diberi peluang Allah untuk melihat kebelakang.. untuk sedar apa silap kita dulu.

:) Alhamdulillah untuk rezeki dan kisah indah hari ni.



tak teruk sangat pun kan? ;)

Thursday 16 May 2013

Terima Kasih Allah untuk hari-hari yang indah, dan makanan yang enak-enak. :)

Bismillahirrahmaniirrahim...

Alhamdulillah,

Minggu ni banyak perkara yang patut aku ucap "Alhamdulillah"...

2,3 hari ni aku makan makanan yang bessssttttttttttttt gile... sup daging dekat tanjung lumpur. perghhh!!! rasa nak hirup je dalam mangkuk.. tapi pikirkan aku pakai baju kurung je. heheh aku memang kena repeat pergi kedai tu lagi. aku doakan pakcik tu sentiasa dimurahkan rezeki. :)

pergi temerloh dengan noro.. pekena nasi arab. Ayam die superb. garing tapi still lagi rasa kukus.. 
nasi dia tak terlalu kering. sambal die mmg kena dengan ayam dan nasik tu. arghhhh memalam ni tulis pasal nasik arab tu buat perut nyanyi keroncong.

Terima Kasih Allah atas nikmat makanan yang tak terhingga.

Alhamdulillah urusan kerja berjalan dengan lancar. meeting baru2 ni K.S Maju takde masalah besar. semuanya dibawah kawalan lagi. :).

Perkara paling aku syukuri  hari ni adalah, pergi KL dengan abg teh.. dan terus balik je. pergi pagi dan tengahari balik terus. nasib baik tak sesat. jimat banyak masa. sampai rumah pukul 4.30. sempat jaga kedai. kemas peti ais kedai. berbual2 dengan abg teh dalam kereta pasal kerja. perkara2 kecil yang nampak remeh.  :)

dan akhir sekali... Alhamdulillah.. aku masih punya sahabat disisi. sentiasa ada untuk mendengar. dan sentiasa ada sahabat untuk diberikan sesuatu. :)

Terima Kasih Allah untuk hari-hari yang indah, dan makanan yang enak-enak. :)

Ampunkan dosa ku Ya Allah. aku lemah tanpaMU.


sup terbaik dari tanjung lumpur. 

nasi arab terbaik di temerloh. 

Wednesday 15 May 2013

Alhamdulillah.

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah.. Ayah pergi dengan meninggalkan lebih dari cukup apa yang kami perlukan. mungkin adik beradik tak rasa perkara ni. tapi aku sebagai anak bongsu................

aku bersyukur pada Allah.
Ayah tinggalkan syarikat pada aku dengan abang teh. dan kami kena mula dari bawah semula sama macam ayah mula2 dulu. dengan kewangan yang terhad. Alhamdulillah. kami masih lagi dalam proses belajar. Ayah tinggalkan kami asas yang cukup. 2 tahun aku jadi PA ayah. walaupun ada hari2 yang aku tertanya2 "kenapa aku?". dan sekarang aku mula faham. jadi PA ayah setiap hari langsung takde yang sia2 sekarang. :)

aku bersyukur pada Allah.
kekosongan dalam hati selepas ayah pergi, Allah ganti dengan ketenangan berganda bila aku mula faham tujuan hidup. bukan untuk disia-siakan. faham yang dunia ni sebenarnya tiada apa2 nak dibandingkan dengan akhirat yang abadi. aku masih lagi dalam proses istiqamah.  :)

aku bersyukur pada Allah.
bila aku lebih menghargai orang2 yang ada di sekeliling aku, mak dan adik beradik. diaorang ibarat nadi aku. maklumlah anak bongsu. manja. tapi aku mula faham.. anak bongsu tu sekadar "title". kalau Allah nak turunkan sesuatu amanah tak kira apa "title"nya. Allah tahu kita mampu. dan kuat. :)

mulai hari ni. insyaAllah. aku nak tulis setiap perkara yang aku syukuri sebelum tido. bukan janji tapi harapan pada diri sendiri. untuk hidup yang sentiasa positif. :)


Thursday 11 April 2013

PEJUANG CINTA

assalamualaikum...

salam hari jumaat. Alhamdulillah dah selesai ke kubur arwah ayah. ok semoga hari ni baik2 saja untuk semua orang. jangan lupa untuk bergembira ok?


kisah pekerja aku semalam yang putus cinta. yang menangis sepanjang masa di kaunter. yang hatinya jatuh macam dihempas2. aku cuba yakinkan dia yang dia kena kuat semangat. sampai satu tahap aku mengalah. aku sedar tak semua punya sikap yang sama. sikap yang malas untuk berfikir hal2 cinta yang rumit. yaa aku lah orang tu. hehe

ada yang lahir sebagai pejuang. cewahh...

hari ni pagi2 lagi, pekerja aku bercerita yang dia sudah punya semangat baru. aku kira dia dah ada semangat untuk lupakan semua yang berlaku.. tapi aku silap..saat aku dah tersenyum dengan semangat baru dia.
tiba-tiba dia cakap "orang akan dapatkan semula dia, sebelum dia bertambah sayang pada awek baru dia"  wowww!!!

dia pilih untuk BERJUANG  dapatkan semula cinta yang dah punah tu.. aku cuma mampu senyum jelaa.. kalau dulu mesti aku dah marah2 dia. apa lagi yang dikejarkan pada cinta yang tak menjadi. tapi itu dulu.. sebelum aku sedar.. ada orang yang lahir sebagai PEJUANG CINTA.

dan pekerja aku adalah salah seorang PEJUANG CINTA..


:))
assalamualaikum..

aku selalu teringat kata2 daripada prof muhaya,,

"tips untuk bahagia.. adalah membahagiakan orang lain"

oleh kerana memegang kata2 tu.. jadi malam ni nak bawak budak kerja yang baru putus cinta pergi makan.

:)

harap dia tenang. teruk sangat dah aku tengok. jaga kaunter air mata tak berhenti mengalir.

tapi gigih datang kerja.

kalau aku confirm. meyuruk bawah selimut. :P

ok lah bye.

Wednesday 10 April 2013

kenapa hati gembira?

Assalamualaikum,


entri pertama di blog yang baru. kenapa blog baru?

blog lama terlalu berduka. heh. itu bukan satu cara untuk hidup gembira kan? berjam2 bukak blog.. tapi kesudahannya bace semula entri2 lama.

ughh macam orang tak move on!

ok sekarang. mahu yang gembira2 saja.

dush2 untuk yang negatif. campak ke laut.

encik positif mari sini berdamping denganku. cewah.


:)

ok lah. bye bye.