Thursday 11 April 2013

PEJUANG CINTA

assalamualaikum...

salam hari jumaat. Alhamdulillah dah selesai ke kubur arwah ayah. ok semoga hari ni baik2 saja untuk semua orang. jangan lupa untuk bergembira ok?


kisah pekerja aku semalam yang putus cinta. yang menangis sepanjang masa di kaunter. yang hatinya jatuh macam dihempas2. aku cuba yakinkan dia yang dia kena kuat semangat. sampai satu tahap aku mengalah. aku sedar tak semua punya sikap yang sama. sikap yang malas untuk berfikir hal2 cinta yang rumit. yaa aku lah orang tu. hehe

ada yang lahir sebagai pejuang. cewahh...

hari ni pagi2 lagi, pekerja aku bercerita yang dia sudah punya semangat baru. aku kira dia dah ada semangat untuk lupakan semua yang berlaku.. tapi aku silap..saat aku dah tersenyum dengan semangat baru dia.
tiba-tiba dia cakap "orang akan dapatkan semula dia, sebelum dia bertambah sayang pada awek baru dia"  wowww!!!

dia pilih untuk BERJUANG  dapatkan semula cinta yang dah punah tu.. aku cuma mampu senyum jelaa.. kalau dulu mesti aku dah marah2 dia. apa lagi yang dikejarkan pada cinta yang tak menjadi. tapi itu dulu.. sebelum aku sedar.. ada orang yang lahir sebagai PEJUANG CINTA.

dan pekerja aku adalah salah seorang PEJUANG CINTA..


:))

3 comments:

  1. introduce to me when she fail again. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah make sure ko tahan dgn sikap die yg suke nangis. hehehe :P

      Delete
  2. oh takpela. tak berapa nak sabar la aku. haha

    ReplyDelete