Thursday 20 November 2014

atau sebenarnya aku kecewa..

dia masih lagi memilih mereka..

dan bukan aku yang ada didepan mata..

Wednesday 19 November 2014

terasa nak marah gila2 dengan budak kerja hari ni... tapi bila fikir balik.. mengamuk tak tentu pasal tak kemana jugak. semua syarikat ada masalah kan?

penyudahnya apa yang seorang bos perempuan boleh buat adalah menangis diam2.   at least dapat lah jugak tenangkan hati. bila aku rasa nak mengamuk je,, mesti abg teh tenang setenang2 nya. macam tu jugak sebaliknya.. macam yin yang. heh

hari ni aku jumpa jawapan pasal diri aku. aku adalah seorang introvert. maybe tak laa teruk sangat. but still ada sindrom tu.. so aku bukan lah seorang yang pelik. hehehhe

malas bercakap dengan orang, suka habiskan masa dalam bilik sorang2. suka keluar dengan kawan2 yang rapat je. susah nak berborak dengan kawan baru. fikir apa yang nak cakap. penyudahnya diam je. aku rasa dulu tak la teruk sangat. tapi sekarang makin teruk. keputusan buat bilik lain ni memang tepat. heheh jauh sikit dari orang ramai.


ohh yee.. hari ni jugakkk.. aku dah sedar.. dia tak pernah ada apa2 rasa tentang diri aku. ceh aku je yang perasan. buang masa je. so bye bye beb. teruskanlah dengan sikap buaya ko tu. aku doa ko jumpa jawapan dalam doa istikarah ko tu. lawak bila fikirkan.. dah 30 tahun masih keliru. ada yang tak kena la tu.


okla bai. jumpa lagi blog. :)

Tuesday 18 November 2014

2 orang kawan aku datang bawak berita gembira... ditempat yang sama..

dejavu sungguh kan?

dan aku masih lagi masak nasik goreng pukul 12tengahmalam dan menonton movie...


what a life?

Alhamdulillah. :)
Akhirnya aku terpaksa buat keputusan yang besar. maaf sebab aku tak dapat bertahan.

tapi aku percaya kena kena lepaskan sesuatu kalau kita dah tak mampu kan? kalau dipaksa nanti makin teruk jadinya.

hari ni aku gagal. tak bermaksud aku tak boleh bangkit semula kan?

sekarang masa aku aturkan semula.


dari bawah. yaaa dari bawah.


tahun yang betul2 menguji. tapi tapi tapi... ayat Alquran dah cakap kan??

"Allah takkan menguji seseorang tu diluar kemampuannya"

jadi konklusinya...

teruslah tenang dan senyum dalam setiap apa yang mendatang.

:)

Sunday 16 November 2014

rasanya macam dah silap langkah.. konon2 nak seronok2 je cari fb kawan2 lama..
yelaa nak tahu apa life diaorang macamana..

akhirnya
aku yang kecewa.
ceh!

ada sorang mamat ni, aku rasa dia memang 1st love aku lah. bertahun jugak lah aku nak lupakan dia. bila dia blah tinggalkan aku macam tu je. perghhh tak sakit hati kan?

ok tu cerita bertahun2 lamanya.. 

hari ni...tiba2 tangan gatal terjumpa fb kawan dia. add dan borak2... apa lah yang aku fikirkan.. aku tanya pasal mamat tu...confirm lah mamat tu dah kawin kan? wake up midah!! dah 30 tahun kot umur. semua orang dah kawen. geh..

dan sekarang aku tak boleh tidooooooooooo...

move on!!!!



Friday 14 November 2014

aku sendiri tak tahu bila persoalan "kenapa aku?" akan jumpa jawapan

aku yang paling manja.
aku yang paling takde cita cita..

dalam sekelip mata..
aku kena buang jauh2 manja tu.

dalam sekelip mata 
aku kena tanam cita - cita.

oklah bye,

sorry blog.. aku memang tak pandai nak tulis perkara gembira. sebab bila aku gembira aku jadi excited sangat, entah apa2 aku tulis nanti.

so aku tulis macamana yang aku tulis dulu lah kan? senang. hati gembira jugak dapa tulis sesuatu yang aku sendiri tak tahu nak luahkan.

yang penting kita terus positif untuk hari esok. :)

Thursday 13 November 2014

kadang-kadang bila kita usaha sehabis mungkin..

kita gagal jugak..

its about time.

minggu ni aku buat sesuatu yang macam dulu2, berjaga tengah malam tengok movie.

tapi rupanya perasaan tu tak sama. yaaa dulu marathon movie tanpa rasa bersalah. sebab tahu hari esok boleh qada tidur sesuka hati.

lain sangat dengan sekarang. marathon movie dengan rasa bersalah. sebab tahu esoknya banyak tanggungjawab menunggu


ok lah. see yaa. :)