Thursday 9 January 2014

dia orang pertama yang aku benarkan dipanggil sebegitu..

selalunya aku benci. tapi aku cuba belajar untuk lebih terbuka.

aku dah janji kononnya blog ni untuk cerita gembira sahaja. tapi maaf. aku tak tahu nak luahkan pada siapa.

sekurang2 nya aku menulis.
beberapa hari lagi. dia akan jadi suami orang. aku percaya dia akan jadi suami yang terbaik. mungkin aku terasa kesannya sebab aku dijanjikan macam2.

memang dari dulu aku benci bila dijanjikan bulan bintang. macam tak duduk dalam realiti. tapi macam aku cakap sebelum ni. aku cuba lebih tebuka.

dan kesudahannya.. aku memang takkan berjaya menjadi terbuka.


pada dia.. selamat pengantin baru. remove aku di fb bukan jalan terbaik. tapi mungkin itu cara terbaik untuk tutup buku lama.

hei siapa yang pernah tahu kan?.

pssst: bila tiba masa KAU nanti. aku tak pasti emosinya macamana. mungkin aku menyorok dalam selimut 2hari. :p