Thursday 11 April 2013

PEJUANG CINTA

assalamualaikum...

salam hari jumaat. Alhamdulillah dah selesai ke kubur arwah ayah. ok semoga hari ni baik2 saja untuk semua orang. jangan lupa untuk bergembira ok?


kisah pekerja aku semalam yang putus cinta. yang menangis sepanjang masa di kaunter. yang hatinya jatuh macam dihempas2. aku cuba yakinkan dia yang dia kena kuat semangat. sampai satu tahap aku mengalah. aku sedar tak semua punya sikap yang sama. sikap yang malas untuk berfikir hal2 cinta yang rumit. yaa aku lah orang tu. hehe

ada yang lahir sebagai pejuang. cewahh...

hari ni pagi2 lagi, pekerja aku bercerita yang dia sudah punya semangat baru. aku kira dia dah ada semangat untuk lupakan semua yang berlaku.. tapi aku silap..saat aku dah tersenyum dengan semangat baru dia.
tiba-tiba dia cakap "orang akan dapatkan semula dia, sebelum dia bertambah sayang pada awek baru dia"  wowww!!!

dia pilih untuk BERJUANG  dapatkan semula cinta yang dah punah tu.. aku cuma mampu senyum jelaa.. kalau dulu mesti aku dah marah2 dia. apa lagi yang dikejarkan pada cinta yang tak menjadi. tapi itu dulu.. sebelum aku sedar.. ada orang yang lahir sebagai PEJUANG CINTA.

dan pekerja aku adalah salah seorang PEJUANG CINTA..


:))
assalamualaikum..

aku selalu teringat kata2 daripada prof muhaya,,

"tips untuk bahagia.. adalah membahagiakan orang lain"

oleh kerana memegang kata2 tu.. jadi malam ni nak bawak budak kerja yang baru putus cinta pergi makan.

:)

harap dia tenang. teruk sangat dah aku tengok. jaga kaunter air mata tak berhenti mengalir.

tapi gigih datang kerja.

kalau aku confirm. meyuruk bawah selimut. :P

ok lah bye.

Wednesday 10 April 2013

kenapa hati gembira?

Assalamualaikum,


entri pertama di blog yang baru. kenapa blog baru?

blog lama terlalu berduka. heh. itu bukan satu cara untuk hidup gembira kan? berjam2 bukak blog.. tapi kesudahannya bace semula entri2 lama.

ughh macam orang tak move on!

ok sekarang. mahu yang gembira2 saja.

dush2 untuk yang negatif. campak ke laut.

encik positif mari sini berdamping denganku. cewah.


:)

ok lah. bye bye.