Wednesday 19 November 2014

terasa nak marah gila2 dengan budak kerja hari ni... tapi bila fikir balik.. mengamuk tak tentu pasal tak kemana jugak. semua syarikat ada masalah kan?

penyudahnya apa yang seorang bos perempuan boleh buat adalah menangis diam2.   at least dapat lah jugak tenangkan hati. bila aku rasa nak mengamuk je,, mesti abg teh tenang setenang2 nya. macam tu jugak sebaliknya.. macam yin yang. heh

hari ni aku jumpa jawapan pasal diri aku. aku adalah seorang introvert. maybe tak laa teruk sangat. but still ada sindrom tu.. so aku bukan lah seorang yang pelik. hehehhe

malas bercakap dengan orang, suka habiskan masa dalam bilik sorang2. suka keluar dengan kawan2 yang rapat je. susah nak berborak dengan kawan baru. fikir apa yang nak cakap. penyudahnya diam je. aku rasa dulu tak la teruk sangat. tapi sekarang makin teruk. keputusan buat bilik lain ni memang tepat. heheh jauh sikit dari orang ramai.


ohh yee.. hari ni jugakkk.. aku dah sedar.. dia tak pernah ada apa2 rasa tentang diri aku. ceh aku je yang perasan. buang masa je. so bye bye beb. teruskanlah dengan sikap buaya ko tu. aku doa ko jumpa jawapan dalam doa istikarah ko tu. lawak bila fikirkan.. dah 30 tahun masih keliru. ada yang tak kena la tu.


okla bai. jumpa lagi blog. :)

1 comment: